Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane menafikan bahawa beliau tidak berminat dengan Martin Odegaard. Sebaliknya Zidane menegaskan beliau lebih suka kalau pemain tersebut terus berada dalam pasukan Real Madrid.

Zidane mendapat kritikan daripada ramai pihak yang menuduh beliau tidak mahu memberikan peluang kepada Odegaard dan membuatkan pemin itu bermain secara pinjmanan di kelab lain sekali lagi.

Odegaard menyertai Arsenal pada hari terakhir perpindahan pertengahan musim.

Sebelum menyertai Arsenal, pemain Norway itu bermain hanya 7 kali bersama Real Madrid musim ini dalam semua pertandingan. Hanya 5 kali sahaja bermain dalam aksi La Liga bersama Los Blancos.

Zidane menjawab persoalan tersebut dengan menegaskan bahawa Odegaard sendiri yang mahu pergi. Zidane ternyata mengkritik keputusan pemain itu yang dianggapnya sebagai ‘demand’.

“Odegaard? Dia mahu pergi, kami berbincang dengannya dua, atau tiga kali mengenai perkara itu,” kata Zidane.

“Dia mahu bermain dan saya menyuruhnya untuk terus kekal dan cuba merebut tempatnya dalam pasukan utama.”

“Saya yang mahu dia kembali dari pinjamannya [di Real Sociedad musim lalu] dan saya memberitahunya untuk terus kekal di sini, kerana musi masih sangat panjang dan dia pasti mempunyai peluang bermain.”

Odegaard menjadi pemain remaja rebutan ramai. Dan memilih untuk menyertai Real Madrid pada usianya 16 tahun. Sejak itu beliau hanya bermain 11 kali untuk pasukan utama.

Odegaard dihantar ke beberapa kelab lain untuk musim pinjaman termasuk Arsenal.

Zidane jelas sekali agak kecewa kerana pemain itu memilih untuk ke Arsenal secara pinjaman. Tetapi beliau terpaksa akur.

Baca juga perkembangan lain

Kad Merah Bednarek Satu Kesilapan Dan Ditarik Balik, Kad Merah Luiz Kekal

EPL: Mourinho Tuduh Kemenangan Chelsea Kerana Dibantu Pengadil

EPL: Liverpool Kalah Lagi Di Anfield