Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dengan terbuka menyatakan bahawa beliau membuka pintu seluasnya kepada Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Real Madrid.

Laporan di Itali sebelum ini menyatakan bahawa ejen kepada Cristiano Ronaldo, Pedro Mendes sudah berbincang dengan Real Madrid berkenaan kemungkinan akan membawa pulang pemain tersebut ke Santiago Bernabeu.

Juventus dikatakan mempertimbangkan untuk melepaskan Ronaldo atas faktor ekonomi selepas Ronaldo gagal membantu mereka menjuarai UCL sekali lagi.

Keadaan pandemik yang melanda dunia membuatkan Juventus seperti kelab lain, menanggung kos hutang yang tinggi.

Pengurus Real Madrid, Zidane menegaskan bahawa, khabar angin tentang Ronaldo kembali ke kelab mereka mungkin ada benarnya.

Zidane berkata kepada Sky menjelang aksi Liga Juara Juara Eropah menentang Atalanta: “Ya, mungkin juga. Kita kenal Cristiano, kita kenal dia secara individu, dan tahu apa yang dia telah lakukan di sini.”

ronaldo (2)

“Tapi sekarang ini, dia adalah pemain Juventus, jadi kita hormati perkara tersebut.”

“Namun sama sama kita tunggu apa yang bakal berlaku di masa depan. Saya sangat bertuah kerana pernah melatihnya dan dia seorang yang sangat mengkagumkan. Buat masa ini, tugas dia adalah membantu Juventus.”

Ronaldo meninggalkan legasi dan rekod yang sukar dicabar di Bernabeu. Selepas pemergian Ronaldo, Real Madrid masih bergelut mencari penggantinya selaku bintang utama pasukan.

Selepas tersingkir di tangan Porto, media Itali menjadikan Ronaldo sasaran utama. Namun pemain itu mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bagi untuk Juventus.

Baca juga perkembangan lain

Kane Pemain Terhebat Yang Tak Pernah Menang Trofi Major?

PSG Tewas, Di Maria Menangis Dikeluarkan Awal Kerana Keluarganya Dirompak

Chris Wilder Tinggalkan Sheffield Kerana Tak Sehaluan Dengan Pemilik Pasukan