Zinedine Zidane menamakan 24 pemain pada hari Rabu untuk perjalanan ke Manchester, di mana Madrid berhasrat untuk mengatasi kekalahan 2-1 pada perlawanan pertama untuk mara ke suku akhir.

Sergio Ramos akan melakukan perjalanan bersama skuad, Madrid mengesahkan, walaupun digantung perlawanan.

Bale, 31, tidak termasuk dalam senarai, menambah satu lagi titik rendah untuk musim bergolak bagi Welshman, yang hampir tidak tampil untuk Madrid tahun ini.

Walaupun Madrid berjaya merangkul gelaran La Liga, Bale hanya membuat dua penampilan daripada 11 perlawanan setelah La Liga disambung semula.

Bale juga digambarkan menjauhkan diri daripada keraian pasukan dengan Zidane setelah kejayaan liga mereka disahkan.

Beliau menimbulkan isu panas di kalangan netizen dengan berpura-pura tertidur ketika perlawanan Madrid menentang Alaves.

Keputusan Zidane untuk menyisihkan terus Bale sepenuhnya dari skuad untuk menghadapi City adalah satu lagi petunjuk yang jelas bahawa pengurus dari Perancis itu lebih memilih untuk menyingkirkan bintang Wales itu.

Dan pada masa yang sama dapat membelanjakan gaji €18 juta Bale untuk perkara lain dalam kelab.

Ejen kepada Bale sebelum ini sudah menyatakan bahawa Bale tak akan berganjak ke kelab lain kecuali mereka sanggup membayar angka yang sama beliau dapat di Madrid.

Malah ejen Bale turut menegaskan bahawa pemain itu menikmati detik yang indah di Real Madrid dan berbesar hati untuk terus kekal di Real Madrid sehingga kontraknya berakhir pada 2022.

Zidane lebih sanggup membawa Sergio Ramos yang digantung untuk bersama mereka ke England.

UEFA membenarkan Ramos berada di dalam stadium sebagai kuota yang ditetapkan untuk Real Madrid namun tidak boleh berada di bangku simpanan.

NINTCHDBPICT000566437151-e1582797400551

Ramos turut perlu menjalani saringan covid seperti pemain lain.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Highlight UEL: Man United 2 LASK 1 – Lingard Cetak Gol Cantik

Arsenal Cari Pembeli Mkhitaryan Untuk ‘Top Up’ Gaji Willian

Adebayor Anggap Peluang Real Madrid Atasi City Adalah Tipis Kerana Tiada Cristiano Ronaldo