Lagenda pasukan kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang menganggap Vietnam sebagai pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Kiatisuk, yang juga digelar “Zico Thailand” menegaskan skuad Gajah Perang perlu muncul sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum turun beraksi dalam peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Zico

Sumber Gambar: Baomoi.com

“Pertama sekali, secara peribadi, kita perlu menjadi pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara. Sudah pasti bukan hanya menang ke atas Vietnam, tetapi pasukan lain juga,” kata Kiatisuk.

Sejak dibimbing oleh Park Hang-seo, Vietnam sememangnya muncul sebagai pasukan terbaik di rantau ini apabila berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2018 dan juga pingat emas Sukan SEA 2019.

Selain itu, Hang-seo turut membimbing The Golden Dragons mara ke perlawanan akhir AFC B-23 Tahun pada 2018 serta beraksi dalam temasya Piala Asia pada 2019.

Zico

Sumber Gambar: AFF

Pencapaian ini nyata membuatkan Kiatisuk melabel Vietnam sebagai pasukan yang harus ditewaskan di rantau Asia Tenggara.

Sebagai pemain dan ketua jurulatih Thailand, Zico telah memenangi lima kejuaraan Piala AFF Suzuki, tiga sebagai pemain (1996,2000, 2002) dan dua sebagai pengendali (2014,2016).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Lima Pemain Thailand Yang Boleh Beraksi Di Liga Malaysia

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group