Koronavirus memberikan impak yang sangat dahsyat kepada industri bola sepak. Semua pertandingan ketika ini terhenti seketika.

Bukan itu sahaja, impaknya juga dirasai oleh pasukan dari segi kewangan yang terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.

Para pemain tidak dapat melakukan latihan seperti biasa. Walaupun ada liga seperti Jerman sudah membenarkan pasukan melakukan latihan tertutup dan mesti mematuhi peraturan kesihatan.

Di Rusia, liga mereka juga digantung seketik dengan baki 8 perlawanan  – selepas menamatkan 22 perlawanan.

Pendahulu liga, Zenit St Petersburg telah mengambil langkah social distancing dalam menyampaikan trofi Pemain Terbaik Bulanan pasukan mereka yang dimenangi oleh Malcom.

Malcom menang selepas mendapat undian tertinggi daripada para peminat Zenit.

Malcom merupakan pemain yang dibeli oleh Zenit dari Barcelona dengan nilai €40 juta – selepas gagal memberikan impaknya di Catalan.

Bersama Zenit, beliau sudah mendapatkan semula aksi terbaiknya.

Malcom membantu Zenit dengan cemerlang sekali. Malcom, Artem Dzyuba dan Sardar Azmoun mengetuai barisan serangan Zenit yang sudah menjaringkan 44 gol setakat ini.

Zenit berkongsi video mereka menyerahkan trofi Pemain Terbaik Bulanan Zenit menggunakan dron.

Video tersebut memaparkan bagaiman Malcom melihat dron masuk ke rumahnya di tingkat atas. Terkejut kucing dia melihat kedatangan dron tersebut.

Jom lihat di sini:

Malcom mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Zenit yang mengundinya.

Beliau juga menyeru agar para peminat terus duduk di rumah kerana ianya sangat penting buat masa ini.

Zenit turut meminta agar para penyokongnya untuk terus duduk di dalam rumah semasa lockdown untuk memutukan rantaian virus Covid-19.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:

Mat Yo Dakwa Ejennya Berbohong Dan Cuba Mengalihkan Isu Utama

Kecewa Dengan Kepimpinan Bartomeu, 6 ‘Board’ Letak Jawatan

Bekas Pengendali Boca Junior Antara Tiga Calon Ketua Jurulatih Baharu UAE