Sebuah portal berita dari Bosnia, Pravda BL, melaporkan bahawa Zeljko Buvac akan menggantikan Arsene Wenger sebagai pengurus pasukan Arsenal mulai musim panas 2018 nanti.

Menurut laman berita itu, Zeljko Buvac sudah mengaturkan semua perkara yang diperlukan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Arsene Wenger selepas 22 tahun mengemudi Arsenal.

Menguatkan lagi berita ini, ketua pencari bakat Arsenal, Sven Mislintat juga merupakan rakan baik Zeljko Buvac ketika bersama Borussia Dortmund dan dikatakan Buvac yang turut dikenali sebagai ‘Klopp’s Brain’ itu sudah pun bersedia untuk mengendalikan pasukan utama.

2214090-46181190-2560-1440

Walaupun masih tiada sebarang kepastian, rata-rata portal sukan bola sepak di eropah dilihat percaya terhadap berita itu kerana sebelum ini Pravda BL juga turut mengeluarkan berita mengenai Zeljko Buvac menyertai Liverpool dari Borussia Dortmund seminggu sebelum ia dimeterai secara rasmi.

Sven Mislintat dilihat sebagai pengaruh utama kepada Zeljko Buvac atas kejayaan beliau membawa pemain-pemain ketika 10 tahun bersama Borussia Dortmund dan kredibiliti beliau kepada Arsenal juga dipandang tinggi selepas mampu mengetepikan ketua pencari bakat sebelum ini yang teah berkhidmat bersama Arsenal selama 25 tahun, Steve Rowley.

Jika Zeljko Buvac menyertai Arsenal sebagai pengurus baru, ini adalah kali kedua Buvac memegang jawatan sebagai pengurus sebuah pasukan kelab bola sepak dimana kali pertama beliau pernah mengemudi pasukan Neukirchen selama 3 musim setelah bersara sebagai pemain bola sepak.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group