Bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha mempertahankan kembarnya, Aidil Zafuan setelah Aidil menampilkan prestasi kurang memberangsangkan ketika Malaysia tewas kepada Singapura dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu lalu.

Setelah aksi menentang Singapura, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengubah muka Aidil dengan muka ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire dan perkara ini nyata sukar untuk diterima oleh Zaquan.

https://www.instagram.com/reel/Cbptby5goJo/?utm_medium=copy_link

“Kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak. Bila menang semua indah kata-kata. Bila kalah siap sanggup edit muka,” kata Zaquan Adha dipetik dari laman media sosial Instagram miliknya.

Aidil Zafuan mendapat kritikan pedas dari peminat dimana mereka menganggap pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjadi punca kepada dua jaringan yang dihasilkan oleh Ikhsan Fandi pada perlawanan di Stadium Nasional Sabtu lalu.

Ramai yang meminta agar ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mempertimbangkan semula untuk memanggil Aidil pada perlawanan akan datang dan memilih pemain yang lebih muda untuk beraksi di posisi pertahanan pasukan negara.

Pan-gon berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain yang dibawa dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura.

“Selama 10 hari lepas, saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini, semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain.

“Bagi saya, secara amnya, ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain. Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang.

“Saya rasa saya lebih cenderung untuk lebih menyerang, kami cuba menjadikan identiti bola sepak malaysia yang lebih positif,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Nizaruddin Yusof Berpendapat Tiga Pemain Ini Perlu Ada Dalam Skuad Kebangsaan

Shukor Adan Anggap Pasukan Negara Masih Perlukan Khidmat Safiq Rahim

Liridon Krasniqi Gembira Jaringkan Gol Pertama Untuk Malaysia