Pemain sayap pasukan Kedah, Zaquan Adha Abdul Razak membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris mengenai Isu tunggakan gaji yang dihadapi pasukan ketika ini.

Semalam, Asmirul menggesa agar pengurusan baharu KFA berhenti menyalahkan pengurusan lama dan mula mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Zaquan nyata tidak berpuas hati apabila Asmirul masih lagi mampu tersenyum ketika pemain menanti gaji yang belum kunjung tiba.

Adha
Sumber Gambar: IG Story Zaquan Adha

Tambah Zaquan Adha, beliau hanya melihat kelibat Asmirul ketika perlawanan akhir. Asmirul juga dianggap gagal dalam menjaga kebajikan pemain.

Pemain Kedah dikhabarkan masih belum menerima gaji sejak lima bulan terakhir dan perkara ini dilihat bakal berterusan sehingga bulan-bulan mendatang.

Ini kerana Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan beliau enggan menggunakan wang kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut kewangan pasukan Kedah.

Baca artikel lain mengenai situasi semasa pasukan Kedah di sini:

“Cari Jalan Penyelesaian, Bukan Tuding Jari Ke Pengurusan Lama”

Baddrol Bakhtiar Akui Kecewa Dengan Kenyataan Sanusi Mengenai Isu Tunggakan Gaji

Presiden KFA: “Saya Tak Akan Guna Duit Rakyat Bayar Tunggakan Gaji Pemain Kedah”