Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukannya bakal mempunyai padang latihan sendiri sebelum tahun 2025.

Perkara ini dikongsikan oleh beliau menerusi laman media sosial rasmi miliknya dimana Zamsaham mahu peminat TRW Kelantan agar mendoakan projek tersebut berjaya.

“Impian dan realiti. Semuanya bermula dengan angan-angan idea dan usaha. Kita tawakkal. In sha Allah akan jadi kenyataan. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap pasukan,” kata Zamsaham.

Sebelum ini, Norizam berkongsi gambaran awal pusat latihan Kelantan yang dilihat serba moden dan canggih dimana pusat latihan baharu itu menggunakan warna utama pasukan iaitu merah dan putih. Akan tetapi, Zamsaham tidak berkongsi dengan lanjut mengenai kemudahan yang ada dalam pusat latihan tersebut.

Melihat kepada perkara ini, Zamsaham dilihat mempunyai pelan jangka masa panjang bagi pasukan Kelantan dan ini merupakan salah satu langkah awal untuk menjadikan pasukan itu sebagai satu kelab profesional yang mempunyai fasiliti lengkap.