Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham mengakui tidak berminat untuk menjadi Presiden Malaysia Football League (MFL) bagi menggantikan tempat Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang telah melepaskan jawatan itu pada minggu lepas.

Menurut kenyataanya dalam Arena Metro, fokus beliau adalah untuk mengambil alih sebuah kelab bola sepak dari Liga Indonesia yang kini sudah berada di peringkat akhir.

“Saya tak berminat untuk ambil alih kerusi nombor satu Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Pada ketika ini saya tidak mahu menimbulkan isu berbangkit hingga akan mencetuskan rasa tidak puas hati pihak tertentu kemungkinan ada tindakan pilih bulu.

“Ketika ini, lebih baik saya menumpukan beberapa perkara terutama untuk mengambil alih kelab bola sepak Indonesia yang kini berada di fasa akhir,” katanya.

ZamSaham
Norizam Tukiman

Zamsaham juga dilaporkan sudah dua bulan mengadakan perbincangan dengan kelab terbabit dan kos yang dikeluarkan untuk membeli kelab berkenaan dijangka mencecah jutaan ringgit.

Bagaimanapun, identiti kelab itu tidak didedahkan dan difahamkan ia merupakan sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan liga divisyen 2 Indonesia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian