Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai ZamSahan menjelaskan ada banyak faktor lain yang menjadi penentu kepada nilai sebuah kelab bola sepak walaupun tidak ada stadium sendiri.

Melalui perkongsian di laman facebooknya, beliau berkata, beberapa kelab utama dunia seperti Manchester City, Chelsea, Newcastle, As Roma dan Inter Milan pun tidak ada stadium sendiri namun nilai pasukan itu juga tinggi.

“Siapa kata wajib untuk ada Stadium baru nilai syarikat besar? AS Roma sudahpun diapungkan di pasaran saham dan hari ini nilainya sekitar RM2 bilion tidak ada stadium sendiri, sebaliknya hanya sewa atau pajak jangka masa panjang dengan kerajaan tempatan.

“Begitu juga dengan Chelsea, Newcastle, Inter Milan dan Manchester City. Ada juga stadium yang sama dikongsi oleh pasukan pesaing seperti AS Roma dan Lazio.

“Kalau business (perniagaan) utamanya adalah property (hartanah), maka aset stadium adalah keutamaan. Kalau nak buat, kos stadium sangat tinggi mungkin perlu pinjaman bank dan ianya akan membebankan kelab.

“Lebih lagi kalau terkena macam COVID-19, fans (penyokong) dilarang masuk, langsung tak ada income (pendapatan),” tulisnya melalui laman facebook.

Beliau turut menjadikan Felda United sebagai contoh dimana pasukan tersebut mempunyai stadium sendiri di bandar Jengka namun telah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia kerana masalah kewangan.

“Ada banyak faktor lain. Apa guna ada Stadium Felda di Pahang tetapi kelab Felda United sudah tiada. Kita bermula pajak dahulu, nanti bila semakin maju kita buat stadium sendiri di tanah sendiri. Cita-cita kena ada dari sekarang,” tegasnya.

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

ZamSaham juga tidak menolak kemungkinan TRW Kelantan akan menguruskan stadium baharu yang bakal dibina oleh kerajaan negeri Kelantan dengan meniru konsep yang telah dilakukan oleh Manchester City melalui sewaan jangka masa panjang.

Sebagai rekod, Stadium Etihad yang menjadi venue perlawanan pasukan Manchester City telah disewakan oleh Manchester City Council (Majlis Bandaraya Manchester).

“Saya dengar cerita kerajaan negeri Kelantan nak buat stadium baharu. Ianya suatu berita baik. Saya ingat kalau ada rezeki nak mencadangkan stadium baharu nanti disiapkan oleh kerajaan negeri dan penyelenggaraan dikelolakan oleh TRW Kelantan FC.

“Kita boleh tiru cara Inter Milan atau Manchester City yang mana stadium milik kerajaan disewakan jangka masa panjang. Kedua-dua pihak menang-menang.

“Di mana kelab jimat kos, manakala kerajaan negeri dapat pendapatan melalui sewa jangka masa panjang. Harta aset stadium kekal milik kerajaan,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS

RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara

TRW Kelantan Jadikan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1