Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menyatakan setakat ini tiada pemain beliau yang gemar untuk merebahkan badan dan kemudiannya terbaring untuk melengahkan permainan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Norizam berkata demikian menerusi laman media sosial Facebook beliau dimana setakat 15 perlawanan yang dihadapi setakat ini, pemainnya tidak melakukan perkara yang boleh melengahkan permainan sambil menegaskan jika perkara itu terjadi, beliau akan menjadi orang pertama yang menegur tindakan tersebut.

“Tinggal lima minit sebelum perlawanan (menentang PDRM) tamat, saya nampak Felipe Hereda dan Syamil Abdul Ghani terbaring. Tak lama selepas itu mereka diberikan rawatan dan terus bermain hingga perlawanan tamat. Tidak leceh, tidak melengahkan permainan.

“Sebelum bermain saya dapat info Felipe mengambil ubat penahan sakit manakala Syamil masih mengalami kecederaan sejak aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II. Saya hormat kepada kedua-dua pemain kerana bermain bersungguh-sungguh untuk Kelantan. Walaupun cedera, tapi mereka masih mahu bermain.

“Dah 15 perlawanan setahu saya tiada pemain Kelantan yang suka berguling, baring atau lengahkan permainan. Kalau ada, In sha allah saya akan jadi orang pertama yang akan tanya. Kita doakan semua pemain cepat sembuh dan cergas untuk perlawanan berikutnya,” kata Zamsaham.

Sebelum ini, selepas aksi antara Kelantan menentang Perak, Norizam menegur segelintir penyokong Perak yang membuat kekecohan di dalam stadium yang menyebabkan penyokong tuan rumah berang dengan tindakan tersebut.

“Mudah-mudahan peminat luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau. Kalah dan menang adat permainan. Saya boleh terima. Tapi kalau sampai provok, kencing dan pijak bendera ini sesuatu yang tidak ramai.

“Di masa depan perlu saling hormat- menghormati. Semoga peminat Kelantan semuanya sihat, selamat pergi dan balik ketika menghadiri perlawanan,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Subkhiddin: Kelakuan Begini Tidak Dialu-Alukan Dalam Bola Sepak Peringkat Tinggi

Zamsaham: Jangan Datang Ke Tempat Orang Buat Kacau

Dollah Salleh: Kebangkitan Sri Pahang Bukan Kerana Idea Saya Seorang