Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham menyambut baik format baharu saingan Liga Super yang akan digunakan bermula musim 2023.

Menerusi laman media sosial Facebook beliau, Zamsaham menyenaraikan tujuh kebaikan apabila divisyen pertama saingan liga bola sepak negara itu menggunakan format baharu bermula musim hadapan.

Antara kebaikan yang disenaraikan oleh Norizam ialah minit permainan bagi semua pemain akan bertambah selain lebih ramai penaja akan masuk ke dalam arena bola sepak tanah air kerana jumlah perlawanan yang banyak membolehkan brand mereka tampil secara kerap.

Selain itu, Norizam turut berpendapat jumlah pendapatan kelah akan meningkat kerana banyak perlawanan yang akan dihadapi dan pemain muda akan bersaing dalam satu liga dimana tiada pemain import dibenarkan. Nilai komersial kelab juga boleh ditingkatkan.

Liga Super musim 2023 menyaksikan sebanyak 18 pasukan bertanding dalam satu musim berbanding musim ini dimana hanya 12 pasukan yang mengambil bahagian, dimana setiap pasukan hanya akan mempunyai 22 perlawanan liga semusim.

Perkara ini akan berubah dimana setiap pasukan akan mempunyai 34 perlawanan liga dan tiada aksi Liga Premier dimana 6 pasukan dari Liga Premier akan membentuk 18 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super 2023, manakala bakinya akan beraksi dalam saingan Liga M3.

Dua lagi liga yang akan dijalankan musim hadapan ialah Liga Simpanan dan juga Liga B17 dimana saingan kedua-dua liga ini akan memiliki 18 pasukan bertanding. Pasukan-pasukan dalam liga ini dilihat sebagai skuad pembangunan kepada semua 18 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super 2023.

Ini adalah gambaran secara ringkas bagaimana perubahan dalam aksi bola sepak tempatan yang akan berlaku mulai tahun 2023. Sehingga artikel ini dikeluarkan, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak MFL dan dijangka akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Selain itu, semua pasukan-pasukan yang bertanding sudah sedia maklum dengan perubahan yang akan berlaku ini kerana semua perbincangan telah diadakan bersama-sama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan

JDT Bantai Sarawak 6-0, Pasukan Pertama Catat Kemenangan Besar Dalam Liga Super 2022

Tomas Trucha Kecewa Penang Tak Dapat Penalti