Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham memuat naik status di laman Facebook beliau seolah-olah memberi kenyataan balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemain pasukan itu.

Norizam menegaskan sebagai pemain bola sepak profesional, pemain perlu menjaga berat badan agar mereka mampu untuk menampilkan persembahan terbaik di atas padang.

β€œBerat badan kena jaga sebagai pemain bola. Kalau berat badan macam saya tak perlu jadi pemain tapi jadilah pemilik kelab. Baru tau pening atau tidak nak jaga pemain yang tahap kecergasan dan berat badan tak jaga,” kata Zamsaham.

Sebelum ini, penjaga gol Kelantan, Faridzuean Kamaruddin meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya dipercayai kerana kontrak beliau tidak disambung meskipun menampilkan prestasi yang baik musim ini.

Selain Faridzuean, seorang lagi penjaga gol iaitu Farizal Harun turut mengeluarkan kenyataan dimana beliau seolah-olah menyindit Norizam dengan mengatakan apa yang berlaku tidak sama seperti yang dicanang.

β€œUsah pandai bermain kata-kata, sedangkan apa yang dikata tak sama dengan apa yang dibuat. Mak saya pesan orang yang dizalimi, doanya makbul. Bukan orang musafir sahaja” tulis Farizal.

Bagi menghadapi saingan Liga Premier musim hadapan, Kelantan melakukan rombakan besar-besaran dimana setakat ini mereka mengekalkan sepuluh pemain iaitu Nathanael Siringo Ringo, Ghaffar Rahman, Nushamil Abdul Ghani, Arip Amiruddin, Mior Dani, Dzulfahmi Hadi, Syed Sobri, Yusri Yushamadi serta dua penjaga gol Asfa Abidin dan Nik Mohd Amin.

Dari segi pemain import pula, masih belum ada sebarang pengumuman dari kelab tersebut namun ada beberapa nama yang sudah dikaitkan dengan The Red Warriors.

Dalam saingan Liga Premier musim 2020, Kelantan menamatkan saingan di tangga ke-6 sekaligus berjaya mara ke saingan Piala Malaysia.

Namun, skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya itu gagal melepasi peringkat kumpulan dimana mereka hanya mampu mengumpul dua mata sekaligus menduduki tangga tercorot kumpulan D.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Jordan Mintah Sedia Bentuk Gandingan Mantap Dengan Kpah Sherman

Dua Pemain JDT Sertai Sabah Secara Pinjaman

Sean Selvaraj Gembira Kembali Beraksi Bersama Negeri Sembilan