Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan), Norizam Tukiman atau dikenali sebagai ZamSaham mendedahkan beliau mempunyai perancangan untuk melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti di masa depan.

Melalui perkongsian di laman facebooknya, ZamSaham merancang untuk membina sebuah akademi bola sepak bertaraf antarabangsa dimana para pemain diperingkat akar umbi diajar bermain bola sepak dengan betul.

“InshaAllah saya serius untuk membina TRW International Football Academy. Main bola sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Belajar dan asah kemahiran teknikal.

“Belajar advanced gameplay dan taktikal. Penerapan etika bola sepak profesional dan latihan kecergasan daripada jurulatih profesional,”tulisnya.

Malah, pemain daripada akademi tersebut berpeluang diserapkan dalam pasukan TRW Kelantan atau kelab dari Indonesia, PSPS Riau.

“Dari akademi inshaAllah saya akan pindahkan pemain akademi ke Kelab TRW Kelantan FC atau PSPS Riau FC atau ke sebuah kelab di Portugal atau mana-mana yang sesuai. Doakan misi TRW International Football Academy ini menjadi kenyataan,” tambahnya.

Untuk mencapai misi tersebut, beliau juga sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan sebagai pengetua akademi tersebut dan kewujudannya bakal disaksikan mulai musim depan.

“Saya nak cari calon sesuai untuk jadi pengetua Akademi TRW Kelantan FC. InsyaAllah musim 2023-2024 kita akan ada akademi sendiri,” jelasnya.

Langkah tersebut turut mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penyokong setia Kelantan dan mereka berharap perancangan tersebut menjadi kenyataan seiring dengan kemajuan bola sepak moden.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara

Piala FA 2022: Rahadiazli Bawa Terengganu Mara Ke Final Jumpa JDT

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka