Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan hanya dua pemain import musim ini yang dikekalkan bagi menghadapi kempen 2023.

Perkembangan terkini mengenai Kelantan itu disahkan oleh Norizam menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadi miliknya sebentar tadi.

Dua pemain dimaksudkan ialah Kervens Fils Belfort serta Natanael Siringoringo yang sebelum ini dipinjamkan kepada pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United akan dipanggil semula.

Ini bermakna khidmat tiga lagi pemain import, Felipe Hereda, Kenta Hara dan Nixon Guylherme tidak lagi diperlukan oleh kelab yang menamatkan saingan Liga Premier 2022 selaku naib juara itu.

Selain itu, Zamsaham turut mengakui pemain import baharu yang akan memperkuatkan Kelantan pada musim hadapan merupakan terdiri daripada pemain dengan kaps antarabangsa.

“Hanya Belforts sahaja yang [pemain import] saya kekalkan musim depan disamping Natanael Siringgo yang saya akan panggil balik ke Kelantan FC.’
“InshaAllah saya akan ‘announce’ beberapa pemain import yang ada ‘caps National Team’ untuk bermain dengan TRW Kelantan FC di musim depan.”
“Tahun depan kita kekal sebagai team ‘underdog’ dengan bajet biasa-biasa tanpa bantuan kerajaan negeri. Kita 100 peratus swasta.”
”InshaAllah Kelantan FC akan disegani semula. Doakan saya sihat untuk terus menerajui TRW Kelantan FC. Saya juga doakan semua penyokong TRW Kelantan FC sihat Walafiat dan dicukupkan keperluan dan rezeki dariNya,” ujar Zamsaham lagi.
Sumber