Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemilik Kelab Bolasepak PSPS Riau FC dan juga merupakan pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai ZamSaham mempunyai impian yang besar untuk kelabnya.

Ketika ditemubual oleh Astro Arena, beliau mendedahkan perancangannya untuk memajukan dua kelab tersebut dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

ZamSaham melihat dua kelab tersebut berpotensi menghadirkan kejayaan serta memberikan impak yang positif walaupun mengakui rugi mengeluarkan modal yang agak besar bagi mendapatkan status pemilikan kelab.

“Sekarang memang saya rugi dengan mengeluarkan modal yang agak besar untuk memiliki sebuah kelab bolasepak namun ianya tidak mustahil kerugian ini akan mendatangkan hasil untung yang besar pada masa tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, In shaa Allah.

“Saya minat dengan sukan bolasepak dari zaman kelab cili padi lagi, sekarang saya mempunyai 2 kelab yang bakal menjadi titik sejarah untuk saya bekerja kuat usaha dan terus berdoa supaya sistem pengurusan berjalan dengan baik,” katanya seperti dipetik dalam laman web rasmi TRW Kelantan FC. 

WhatsApp-Image-2021-07-18-at-18.51.48

Antara impiannya bersama dua kelab tersebut ialah memastikan mereka berada dalam pasaran saham sepertimana yang dilakukan oleh kelab Indonesia, Bali United. Perancangan beliau turut disambut baik dan mendapat sokongan padu daripada para penyokong Kelantan.

“Mudahan suatu hari nanti saya akan berjaya IPOkan PSPS Riau FC di pasaran saham Indonesia seperti yang dilakukan oleh kelab Bali United dan tidak mustahil juga saya akan bawa TRW Kelantan FC ke Bursa Malaysia.

“Gagal itu sudah pasti kita akan lalui sebelum merasai kejayaan namun dengan berkat doa dari Ibubapa, Peminat dan juga orang yang berada di sekeliling saya, In shaa Allah cita-cita saya akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin,” tambahnya.

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. IPO ini adalah situasi di mana sesebuah syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam.

Dengan terbukanya milikan ini kepada awam, maka syarikat ini pun akan tersenarai dalam Bursa malaysia dan kita boleh jual serta membeli saham mereka. Dipendekkan cerita, IPO ni adalah saham yang baru dibuka kepada awam.

beli-saham-IPO-700×467

Syarikat yang ingin disenaraikan dalam Bursa kebiasaannya mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, sama ada dengan menambah cawangan, modal kerja, aset dan sebagainya.

Selain itu, syarikat yang tersenarai kepada awam dilihat sebagai mempunyai reputasi tinggi. Dengan reputasi ini, ia dapat menarik perhatian lebih banyak tenaga kerja dan bakat yang bagus. IPO juga adakalanya menjadi kayu ukur kejayaan syarikat. Syarikat yang berjaya tersenarai kepada awam dianggap berjaya kerana bisnes mereka laku di pasaran.

Baca artikel lain mengenai pandangan Jalil Rasheed mengenai kemasukan kelab bola sepak Malaysia dalam pasaran saham. 

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group