Pemilik pasukan Kelantan FC, ZamSaham melalui satu kemaskini dilaman Facebook semalam ada menyatakan bahawa beliau ‘tidak berkira’ untuk mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti dimasa hadapan.

“Jika penyokong tak berkira, saya tidak berkira untuk dapatkan pemain berkualiti dan fasiliti di masa depan.”

“Berapa ramai yg akan tonton live friendly match Terengganu ll dan Melaka United?”

Itu adalah kata-kata kepada penyokong skuad The Red Warriors menjelang perlawanan persahabatan pra-musim bertemu Terengganu FC II dan Melaka United minggu ini.

Apa yang cuba disampaikan oleh ZamSaham ini sebenarnya patut diambil cakna oleh semua penyokong dalam Liga Malaysia, dimana sesebuah kelab bola sepak tidak akan maju dan berjaya tanpa sokongan penuh peminat terutamanya.

TERKINI: ZamSaham sebentar tadi baru sahaja menyatakan bahawa jumlah kutipan dari penjualan Pass Eksklusif perlawanan Terengganu FC II bertemu Kelantan FC telah melebihi angka RM28,000!

Dari jumlah itu 50% dari jumlah kutipan akan didermakan dan bakinya akan dibahagikan dengan pasukan Terengganu FC II mengkiut ratio 70:30.

photo_2021-02-26_17-43-59

Berdasarkan maklumat, setiap pas perlawanan itu dijual pada harga RM25 setiap satu dan ini bermakna kira-kira 1,120 orang telah memberikan sokongan kepada pasukan melalui pembelian pas perlawanan ini.

Angka ini jelas lebih banyak dari nilai yang diterima oleh Kelantan dari MyCujoo iaitu sebanyak RM1,700 untuk 6 perlawanan musim 2020.

Syabas penyokong Kelantan!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Pengarah Teknikal Tidak Boleh Pegang 2 Peranan, Siapa Sebenarnya Ketua Jurulatih Selangor FC 2?

Kontrak Berbaki 3 Tahun Lagi, Bapa Chanathip Dedahkan Ada Kelab Top 5 J1 League Dan Eropah Mahu ‘Sign’ Anaknya

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL