Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham menegur sikap sesetengah peminat Perak yang membuat kekecohan ketika aksi kedua pasukan dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Segelintir peminat Perak dilihat melakukan provokasi melampau kepada peminat Kelantan setelah aksi antara kedua-dua pasukan tamat sehinggakan pasukan keselamatan tidak membenarkan peminat Perak untuk keluar dari stadium kerana ada peminat tuan rumah yang menunggu mereka di luar stadium.

Zamsaham menerusi laman media sosial Facebook beliau nyata kecewa dengan tindakan peminat pasukan pelawat dan memberikan teguran dimana beliau menggesa agar peminat tidak membuat kekacauan apabila bertandang ke tempat lawan.

“Mudah-mudahan peminat luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau. Kalah dan menang adat permainan. Saya boleh terima. Tapi kalau sampai provok, kencing dan pijak bendera ini sesuatu yang tidak ramai.

“Di masa depan perlu saling hormat- menghormati. Semoga peminat Kelantan semuanya sihat, selamat pergi dan balik ketika menghadiri perlawanan,” kata Zamsaham.

Tinjauan Vocket FC di laman media sosial menyaksikan peminat turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh segelintir peminat Perak dimana mereka berpendapat tidak perlu untuk membuat kelakukan seperti itu dan perlu menunjukkan sikap semangat kesukanan.

Pada aksi semalan, Perak berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 dimana gol sendiri Khairul Helmi Johari pada separuh masa kedua memberikan mereka tiga mata penuh. Sebelumnya, Jasmir Mehat membuka tirai jaringan bagi Kelantan pada minit-2 sebelum disamakan oleh Wan Zack Haikal pada minit ke-14.

Kemenangan ke atas Kelantan masih meletakkan Perak di tangga ke-9 dalam carta liga namun sudah ada peningkatan yang ditampilkan oleh skuad bimbingan Yusri Che Lah setelah memulakan saingan musim 2022 dengan negatif mata ekoran masalah tunggakan gaji yang dihadapi.

Pada perlawanan yang seterusnya, Perak akan turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II manakala Kelantan akan turun menentang PDRM.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Nafuzi Zain Tetap Bangga Dengan Aksi Anak Buah Bertemu JDT

Subkhiddin Berikan Pendapat Mengenai Insiden Hong Wan “Parap” Syafik Ismail

Malaysia Sah Dapat 2 Slot Automatik Ke AFC Champions League 2024-2025