Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih mesra disapa Zamsaham menegaskan beliau bersyukur kerana dengan bajet yang kecil, pasukannya masih boleh bertahan dalam saingan Liga Premier dan tidak jatuh ke saingan Liga M3.

Norizam berkata demikian menerusi laman Facebook rasminya dimana beliau memberi kenyataan selepas pasukannya tewas kepada Selangor 2 dengan keputusan 2-1 di laman sendiri sekaligus ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu liga iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam carta liga.

Norizam meletakkan sasaran dimana Kelantan layak ke saingan Liga Super pada musim 2024 namun mereka berjaya layak ke saingan divisyen pertama saingan bola sepak tanah air itu pada 2023 sekaligus menepati sasaran setahun lebih awal.

Selain itu, Zamsaham juga bersyukur kerana dengan bajet yang lebih rendah berbanding pasukan lain di dalam liga, pasukannya masih mampu untuk kekal dalam saingan Liga Premier dan tidak jatuh ke saingan yang lebih rendah seperti Liga M3.

Baru-baru ini, setelah dua musim dikelola oleh Norizam, Kelantan berjaya mencatat keuntungan pada bulan Julai dan juga Ogos dimana kelab tersebut meraih untung bersih setelah mengambil kira kos perbelanjaan pasukan.

“Bulan 7 ini menjadi sejarah selama saya ambil alih pasukan bola sepak. Kenapa? Sebab juala tiket dan penajaan sudah melepasi kos operasi dan In Sha Allah akan menjana keuntungan,” katanya.

Musim 2022 Belum Tamat, Zamsaham Senaraikan Penaja TRW Kelantan Bagi Tahun 2023

Lebih memberangsangkan, Zamsaham sudah mendapatkan beberapa penaja yang bersetuju untuk menaja pasukan dimana setakat ini kelab pantai timur itu sudah mendapat tajaan sebesar RM350 Ribu.

“Terima kasih kepada penaja terbaru musim 2023, MZ Gold yang secara rasmi menaja pakej sebesar RM300 Ribu. Semalam kita juga terima penajaan tunai dari Hino, syarikat milik Toyota.

“MZ Gold adalah sebuah syarikat menjual emas yang terkenal di Kelantan dimana mereka menjadi penaja dengan mengambil pakej Brown. Semoga TRW Kelantan lebih bersedia untuk menghadapi musim 2023,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Media Antarabangsa Cadangkan Liga Malaysia Gunakan Khidmat VAR

Ditegur TMJ Agar Selesaikan Tunggakan Gaji, Ini Jawapan Sarawak United