Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mendedahkan ada seorang bekas pemain import yang menyuarakan hasrat untuk kembali beraksi bersama pasukan.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan berasal dari Greece, Christos Intzidis yang beraksi bersama pasukan pada musim lalu.

“Saya terima panggilan dari Christos, bekas pemain saya dimana beliau mahu kembali beraksi bersama Kelantan. Apa komens penyokong sekalian?

“Semua tahu, saya takkan mahal tanpa KPI. Sudah tentu jurulatih dan staf operasi akan saya tanya. Tapi pada akhirnya saya yang akan membuat keputusan untuk kebaikan pasukan,” kata Zamsaham.

Christos menampilkan prestasi yang baik di bahagian pertahanan pada musim lalu dimana beliau menampilkan gandingan yang baik bersama seorang lagi pemain pertahanan iaitu Yusri Yusmadi.

Cheistos juga sering diletakkan di bahagian tengah bagi membantu Mario Arques namun beliau tidak dikekalkan bersama pasukan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2022.

Kelantan tidak menandatangani sebarang pemain import di bahagian pertahanan musim ini dimana mereka memberikan kepercayaan kepada pemain tempatan seperti Khairul Helmi Johari, Yusri Yusmadi dan Ghaffar Rahman untuk mengawal benteng pertahanan.

Sekiranya kelab Pantai Timur itu menandatangani Christos, ketua jurulatih pasukan iaitu Reezal Zambery Yahya akan mempunyai banyak pilihan pemain di posisi pertahanan.

Akan tetapi, pasukan perlu melepaskan seorang pemain import kerana mereka ketika ini dibarisi oleh pemain import iaitu Nixom Guylherme, Kervens Belfort, Fadel Antar dan Natanael Siringoringo.

Kelantan ketika ini menduduki tangga pertama dalam carta Liga Premier dimana mereka mengutip 15 mata setakat ini, sama dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) II namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ Ajak Peminat Penuhi Stadium Pada Aksi Menentang Ulsan Hyundai

Herold Goulon Dipilih Sebagai Pemain Paling Menyerlah Dalam Liga Super Minggu Ke-6

Skuad Bawah 17 Tahun Malaysia Berpeluang Jalani Latihan Di Akademi Juventus

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group