Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan, menjadi orang paling gembira di sebalik kemenangan sambil merasakan pemain-pemainnya semakin mempamerkan peningkatan sejak permulaan kempen TM Piala Malaysia.

Biarpun ketinggalan seawal minit ketujuh melalui jaringan  Kpah Sherman, nyata persembahan Melaka United berada dalam kelas berlainan di pentas TM Piala Malaysia apabila bangkit meledak tiga jaringan, dua daripadanya menerusi Manuel Ott (minit 38,52) selain satu lagi jaringan oleh Sony Norde (minit 23).

“ Kami membuat kerja rumah selepas 22 perlawanan Liga Super dan menganalisa kembali masalah pasukan terhadap apa jua sebarang kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan setiap pemain.

“ Saya berasa bersyukur kerana persiapan dua minggu sebelum TM Piala Malaysia ini, dapat membuktikan banyak perbezaan kepada Melaka United setakat ini dan harap situasi ini dapat berterusan.

Kredit Foto: Melaka United FC

“ Disiplin mereka meningkat terutama di aspek bertahan kerana sebelum ini kami sering melepaskan gol-gol yang terlalu mudah dan nampaknya mereka telah mempelajari daripada kesilapan-kesilapan serta menunjukkan semangat pasukan yang begitu baik.

“ Dua kemenangan ini cukup penting kerana akan berikan keyakinan serta semangat yang tinggi kepada pemain namun saya tidak katakan Melaka United sudah selamat untuk ke suku akhir kerana masih ada empat perlawanan lagi dalam peringkat kumpulan, ” ujar Zainal Abidin.

Kemenangan ini juga yang pertama buat Melaka United ke atas Kedah sejak 2019 dengan mereka tewas dalam empat pertembungan terakhir termasuk dua aksi Liga Super, musim ini.

Melaka United kini selesa di tangga teratas dengan 6 mata sambil diikuti Kedah, 3 mata manakala Kelantan United FC dan Negeri Sembilan yang masih tanpa sebarang mata hanya akan turun bermain pada Jumaat.

Teruskan membaca artikel lain mengenai Melaka United seperti dibawah.

Liga Super 2021: Melaka United Humban Perak Ke Liga Premier

Melaka United Dapatkan Penyerang Dari Brazil, Bakal Gantikan Nikolic Dan Goncalves

Syamim Yahya: Jaringan Sulung Bersama Melaka Beri Semangat Baharu