Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari mengesahkan bekas penyerang skuad kebangsaan, Zainal Abidin Hassan akan terus mengendalikan pasukan Melaka United dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Walaupun Zainal gagal mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini, pengalaman luas yang dimiliki oleh jurulatih yang berusia 58 tahun itu masih ditagih untuk memperbaiki pencapaian pasukan tersebut.

“Kami bermula agak cemerlang pada awal musim, namun faktor kecederaan pemain memberi cabaran kepada pasukan dalam pusingan kedua dan menyebabkan prestasi pasukan agak terganggu.

“Jadi, dalam musim seterusnya, kami akan membiarkan dia membuat perancangan bagi pasukan ini selain menilai potensi-potensi baru untuk diketengahkan,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

75361057_2601868906707835_425758454490071040_n

FOTO: MUSA

Musim ini, skuad Melaka United menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam dengan 33 mata, tersingkir di pusingan kedua Piala FA dan berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2019.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi saingan musim depan, Adly memberi bayangan lebih ramai pemain muda akan dibawa masuk ke dalam pasukan itu dan mereka akan melakukan persiapan lebih awal.

“Kami akan melihat potensi fizikal pemain-pemain dan ia akan ditentukan oleh Zainal tetapi majoritinya adalah pemain muda selain melihat bajet keseluruhan yang diperlukan,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Melaka United melalui pautan dibawah:

Akaun Linkedin Erik Alonso Kena ‘Hack’, MUSA Dengan Keras Nafi Pasukan Melaka United Dibeli Syarikat Asing

Hutang Melaka United Mencecah RM8 Juta?

Shukor Adan Sudah Tawar Hati Bersama Melaka United

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group