Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yakin Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) mampu untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi pasukan itu.

Menurut Zainal, beliau hanya mahu memberikan sepenuh fokus terhadap perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Pahang dan tidak mahu mencampuri urusan pengurusan.

Zainal Abidin Hassan

Sumber Gambar: Goal.com

“Pengurusan menjalankan tugasan dengan baik. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan.

“Malah kami bekerja keras untuk kemajuan pasukan dan bersama-sama untuk menjalankan tugas dengan paling penting fokus suku akhir perlu diutamakan buat saya ketika ini,” kata Zainal menurut laporan Berita Harian.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengakui gaji pemain Melaka United telah tertunggak selama dua bulan dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak bulan Januari 2019.

Zainal Abidin Hassan

Sumber Gambar: Sukan Sinar

Datuk Wira berharap pihak penaja segera menyalurkan wang tajaan bagi membolehkan MUSA untuk melangsaikan gaji pemain yang tertunggak.

“Saya berharap dengan kelayakan Melaka ke suku akhir mempercepatkan usaha pihak penaja untuk menyalurkan dana bagi menyelesaikan gaji yang sudah tertunggak,” katanya.

Baca artikel lain mengenai krisis tunggakan gaji Melaka United di sini:

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

Gaji Pemain Melaka United Masih Sangkut?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group