Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman meninggalkan Penang bagi menyertai pasukan Liga Perdana, Kelantan United pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Zafuan menerusi laman media sosial rasmi miliknya dimana beliau meninggalkan Penang selepas lima bulan beraksi bersama pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CPQaFSUFkmK/?utm_medium=copy_link

Zafuan menyertai Penang pada awal musim ini selepas kontrak beliau bersama kelab Thai League 3, Angthong United tidak disambung ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Namun, pemain berusia 21 tahun itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama kerana pengendali Penang, Tomas Trucha lebih gemar menurunkan dua pemain import iaitu Casagrande dan Sheriddin Boboev di bahagian serangan.

Kelantan United ketika ini berada di tangga ke-5 dalam carta Liga Perdana, mengutip 16 mata selepas menghadapi 11 perlawanan.

Kemasukan Zafuan Azeman dilihat mampu untuk memperkemaskan jentera serangan Kelantan United dalam usaha mereka memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Petaling Jaya City Mahu Pinjam Hazwan Bakri

Nazirul Naim Kecewa Semakin Ramai Pemain Tinggalkan Perak

Shakir Hamzah Capai Persetujuan Tinggalkan Perak