Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman sah menyertai pasukan Pulau Pinang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Pulau Pinang menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Zafuan bakal kembali beraksi di Malaysia setelah menghabiskan musim 2020 dengan beraksi di Thailand.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini beraksi di divisyen ketiga bola sepak Thailand bersama Angthong FC. Akan tetapi, disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini menyebabkan Zafuan kehilangan tempat di Angthong dimana kelab tersebut memutuskan untuk menamatkan kontraknya.

Angthong mengambil langkah berjimat dan sebagai salah satu langkah mereka menamatkan kontrak beberapa pemain import bagi mengurangkan perbelanjaan pasukan.

Zafuan Azeman

Sumber Gambar: Angthong FC

Meskipun baru berusia 21 tahun, namun Zafuan Azeman mempunyai pengalaman yang luas dalam saingan liga domestik dimana beliau pernah beraksi bersama Perlis, Kedah dan PKNP FC.

Selain itu, Zafuan juga pernah menjalani latihan dan ujian bersama beberapa luar negara seperti kelab Korea, Yangzu Citizens, kelab Itali, Venezia dan juga kelab Thailand, Bangkok United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Christian Panucci Bakal Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Kelantan

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini

RASMI: Anumanthan Kumar Lengkapkan Kuota Pemain Import Skuad Kedah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group