Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman telah memulakan sesi pra musim bersama pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Thai League 3 musim 2020,Ang Thong FC.

Zafuan telah menyertai Ang Thong pada September tahun lalu namun menurut sumber yang memberitahu Vocket FC, beliau menandatangani kontrak terlebih dahulu dan hanya mula beraksi bermula saingan musim 2020.

Zafuan menghadapi musim yang berliku pada 2019 lalu dimana beliau menyertai tiga pasukan Liga Malaysia iaitu Perlis Northern Lions, Pulau Pinang dan PKNP FC namun ketiga-tiga pasukan ini enggan mengambil khidmat beliau.

Seterusnya, bekas pemain Kedah ini mendapat peluang kedua apabila Ang Thong menawarkan kontrak kepada beliau sekaligus memberikan platform bagi Zafuan untuk beraksi dalam saingan Liga Thailand.

Musim lalu, Ang Thong menamatkan saingan Thai League 3 di tangga keempat dibelakang pasukan Khonkaen United yang muncul sebagai juara, Phrae United di tangga kedua serta Lamphun Warrior yang menduduki tangga ketiga.

Ang Thong sudah pasti mengintai tempat untuk beraksi dalam saingan Thai League 2 dan Zafuan Azeman perlu bekerja keras ketika sesi latihan jika beliau mahu membarisi kesebelasan utama sekaligus membantu Ang Thong menamatkan musim 2020 di kedudukan terbaik.

Baca artikel lain mengenai Zafuan Azeman dan perkembangan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan di sini:

Zafuan Azeman Sertai Kelab Thai League 3, Ang Thong FC

Zafuan Azeman Sertai Pasukan Lembah Klang?

Pemain Persis ‘Mohamed Salah Liverpool’ Ini Sertai Pasukan Ranong United Dalam Saingan Thai League 2