Pengurus KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe menegaskan beliau dan staf kejurulatihan sedang giat melatih penyerang muda negara, Luqman Hakim untuk mengikut tempo bola sepak Eropah.

Dalam satu temu bual bersama kelab, Yves mengakui bahawa Luqman merupakan seorang pemain yang mempunyai bakat.

Vanderhaeghe
Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Sudah pasti Luqman merupakan seorang pemain yang berbakat. Kami harus memasukkan beliau pada (perlawanan) masa yang tepat.

“Selain itu, kami juga perlu melatih Luqman agar pemain itu dapat mengikut tempo di sini. Tempo bola sepak Eropah yang mana lebih tinggi berbanding Malaysia,” kata Yves Vanderhaeghe.

Vanderhaeghe
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Baru-baru ini, Luqman membuat penampilan pertama bersama skuad senior dalam saingan Jupiler Pro League menentang RSC Anderlecht pada minggu lalu.

Luqman dimasukkan pada separuh masa kedua dimana beliau memainkan peranan besar ketika Kortrijk mendapat sepakan penalti.

Kortrijk tewas kepada Anderlecht dengan keputusan 3-1 namun melihat kepada persembahan yang ditampilkan oleh Luqman, tidak mustahil pemain berusia 19 tahun itu akan disenaraikan dalam skuad senior pada perlawanan akan datang.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

KV Kortrijk Bakal Lancarkan Dokumentari Mengenai Luqman Hakim

Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara

Tan Sri Vincent Tan Yakin Luqman Akan Jaringkan Gol Jika Diberi Banyak Peluang Bermain