Pemain pertahanan berpengalaman skuad kebangsaan Jepun, Yuto Nagatomo dikhabarkan bakal meninggalkan kelab Turki, Galatasaray.

Pemain berusia 33 tahun itu beraksi bersama Galatasaray sejak 2018 lalu dimana beliau berhijrah dari Inter Milan dan beliau terus menjadi pilihan utama bagi mengisi posisi pertahanan kiri.

Yuto Nagatomo
Sumber Gambar: Kyodo News

Musim lalu, Nagatomo membantu Galatasaray muncul juara saingan Turkish Süper Lig dimana kelab itu mempunyai kelebihan dua mata dihadapan pencabar terdekat iaitu İstanbul Başakşehir.

Akan tetapi, peraturan baharu yang diperkenalkan mengenai penggunaan pemain asing dalam kesebelasan utama menyebabkan Yuto Nagatomo tidak banyak beraksi dalam saingan musim ini.

Destinasi seterusnya bagi Nagatomo masih menjadi persoalan dimana sebelum ini, kelab Thai League 1, Buriram United dikhabarkan berminat untuk menandatangani Nagatomo.

Yuto Nagatomo
Sumber Gambar: AS English

Bekas pemain FC Tokyo itu telah membuat sebanyak 112 penampilan bersama skuad The Samurai Blue selain tampil dalam tiga temasya Piala Dunia.

Selain itu, Nagatomo juga pernah membantu Jepun memenangi Piala Asia pada 2011 dan muncul naib juara pada edisi 2019.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi di Eropah di sini:

Hwang Hee-chan Pilih Sertai RB Leipzig Berbanding Liverpool Dan Wolves

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan