Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas ketua jurulatih pasukan Kelantan dan Kuala Lumpur, Yusri Che Lah dilaporkan telah menolak beberapa tawaran yang diberikan oleh kelab Liga Malaysia untuk menjadi ketua jurulatih.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yusri berbuat demikian setelah beliau lebih berminat dengan tawaran untuk menjadi ketua jurulatih skuad pelapis yang menyerupai Harimau Muda pada saingan musim hadapan.

Zulhelmi turut melaporkan saingan Liga Perdana pada musim hadapan berkemungkinan besar akan diwarnai oleh skuad pelapis seperti mana pasukan Harimau Muda beberapa tahun lalu.

Akan tetapi, langkah ini mendapat kritikan dari peminat bola sepak tanah air dimana majoritinya berpendapat idea tersebut seperti langkah ke belakang.

Selain Yusri Che Lah, ada tiga lagi jurulatih yang disenarai pendek untuk mengendalikan pasukan pembangunan yang akan dibarisi oleh pemain muda itu nanti.

Tiga nama yang dimaksudkan ialah Hassan Sazali Waras, S.Vello dan Firdaus Tan Abdul Aziz.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Diogo Luis Santo Sarung Jersi Bernombor 7 Bersama BG Pathum United

Azri Abdul Ghani Dedah Faktor Utama Sertai Pasukan Perak

Kedah Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Ilham Amirullah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group