Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah selepas pengendali berusia 45 tahun itu mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan.

Biarpun bekas jurulatih Perlis dan Kelantan itu masih mempunyai baki setahun daripada dua tahun kontraknya bersama pasukan berkenaan, FAM telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021 dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya nanti.

“Bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN itu untuk menghadapi saingan Liga Premier 2022, FAM dan MSN akan mengadakan sesi temuduga calon-calon dalam masa terdekat dan akan mengumumkan siapa ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan selepas keputusan dibuat,” kata kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Berdasarkan khabar angin di media sosial, difahamkan Yusri akan menjadi pengendali pasukan Perak untuk saingan Liga Premier musim depan.

Berita mengenai kehadiran Yusri untuk mengubah nasib Perak yang terpaksa beraksi di saingan kedua Liga Malaysia itu bukanlah kisah baharu buat penyokong skuad Yob.

Menurut sumber yang dipercayai, terdapat beberapa orang lagi bekas pemain Perak di zaman kegemilangan pasukan tersebut akan berada dalam barisan kejurulatihan bagi membantu Yusri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Dua Pemain JDT Sertai Sabah Secara Pinjaman

TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan

Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang

Sean Selvaraj Hampir Pasti Kembali Perkuatkan Negeri Sembilan