Ketua jurulatih pasukan Kelantan FA, Yusri Che Lah dalam sesi sidang media selepas perlawanan Liga Premier Malaysia 2020 semalam menyatakan bahawa kemenangan keatas Kelantan United adalah satu kelegaan untuk semua pihak.

Kemenangan semalam juga merupakan yang pertama untuk pasukan Kelantan FA dan 3 mata penuh ini penting untuk mereka membina kembali momentum dalam saingan liga musim ini.

“Syukur kepada Allah swt kerana kemenangan yang dicapai malam ini. Yang keduanya, terima kasih kepada pihak pengurusan yang terus menerus memberikan kepercayaan dan bantuan kepada saya untuk melakukan yang terbaik kepada pasukan Kelantan.

“Bagi pihak saya terima kasih kepada pemain, mereka berjuang kerana kita tahu bukan mudah untuk bermain sesama pasukan setempat.

88261103_3594158830654598_5929448943380332544_o

Yusri Che Lah turut bersetuju dengan mengenai deretan peluang yang hadir dalam perlawanan semalam namun gagal disudahkan dengan lebih efektif, tetapi bagi beliau kemenangan adalah amat penting.

Walaupun begitu, beliau turut menyatakan dengan jelas bahawa pemain-pemain beliau seharusnya lebih tenang menyudahkan peluang yang terhidang didepan mata.

Beliau juga memberitahu bukan mudah untuk menembusi gawang yang dikawal oleh Shahrizan Ismail kerana pemain itu sentiasa berada diposisi yang betul walaupun bola dirembat dengan laju.

Pemain import dari Jepun, Masaki Watanabe turut menerima pujian Yusri kerana komitmen serta aksi beliau semalam banyak membantu barisan pertahanan Kelantan menyerap asakan pihak lawan.

Bagi perlawanan seterusnya beliau mahu pemain-pemainnya memberikan fokus yang lebih tinggi untuk menyudahkan peluang yang hadir dengan lebih efektif.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

75,563 Orang Penonton Hadir Ke Stadium Saksikan Perlawanan Ke-2 CIMB Liga Super Dan Liga Premier 2020

Safawi Rasid Tidak Diturunkan Kerana Mengalami Kecederaan

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”