Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk terus membimbing kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier itu.

Masa depan Yusri bersama Perak menjadi topik perbualan hangat selepas skuad kendaliannya tewas 0-2 ditangan PDRM pada aksi yang berlangsung di Stadium KLFA, Ahad lalu.

Lebih pahit untuk diperkatakan, kekalahan itu juga menjelma di hadapan kira-kira lebih 2000 orang penyokong setia Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Berikutan kekalahan kelapan yang dialami tersebut, terdapat segelintir penyokong Perak tidak dapat menahan kemarahan mereka dengan memberikan cadangan supaya jurulatih kelahiran Kangar itu dipecat.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang merupakan Pengerusi Perak FC mengambil kesempatan mewakili Lembaga Pengarah untuk menyatakan sokongan penuh diberikan kepada Yusri.

Kredit Foto: Perak FC

“Lembaga Pengarah Perak FC, dengan rendah hati ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menghadiri perlawanan di Stadium KLFA baru-baru ini menentang PDRM FC bertempat di Cheras.”

“Lembaga Pengarah juga ingin mengeluarkan kenyataan sokongan penuh dan kepercayaannya kepada Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah dalam pengurusan skuadnya.”

“Kami memahami kekecewaan peminat, namun kami akan terus berusaha untuk memastikan Perak FC adalah pasukan bola sepak yang boleh dibanggakan oleh peminat setia bola sepak Perak.”

“Kami yakin bahawa Yusri Che Lah akan melakukan yang terbaik dalam membentuk pasukan yang baru dan menghasilkan pemain yang kompetitif. Mereka pasti akan mengekalkan gaya permainan yang pantas dan menarik seperti skuad The Bos Gaurus yang lama.”

“Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi dan kita akan berjumpa pada 16 Julai. Kami berharap kehadiran anda akan menjadikan stadium tercinta kami sebagai kubu kuat Perak FC.”

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Lindegaard: Tak Peduli Gaya Hidup Mewah, Mentaliti Christian Eriksen Sesuai Buat Man Utd

Piala FA 2022: Nafuzi Sedar Cabaran Getir Bakal Dihadapi Bertemu Kedah

MFL Kaji Cadangan Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang