Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe diletakkan sasaran untuk menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun 2020 setelah hampir melakukannya pada tahun 2018 ketika tewas kepada Vietnam di final.

Piala Suzuki AFF merupakan misi kedua terpenting selain kempen kelayakan Piala Dunia 2022 bermula bulan Mac depan dimana Malaysia masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan ketiga dan memburu tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Dalam Piala AFF, kita mesti masuk final kerana sudah terlepas peluang (untuk menjadi juara) di Vietnam dua tahun lalu. Jadi tahun ini, kita mesti menakluki peringkat ASEAN,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi dalam Stadium Astro.

75144891_2501263246637091_7918910565488001024_o
FOTO: FAM

Skuad Harimau Malaya kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand.

FAM juga dijangka akan mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 99 dunia iaitu Bahrain sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam pada 26 dan 31 Mac 2020.

Bahrain baru-baru ini dinobatkan sebagai “Raja teluk arab” selepas muncul sebagai juara Gulf of Nations Cup 2019 hasil kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi di perlawanan akhir. Mereka memilih Malaysia sebagai persiapan menghadapi Kemboja.

bahrain squad 2019
Skuad Bahrain dalam kejohanan Gulf of Nations Cup 2019.

Pasukan itu juga konsisten dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan dan menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan C dengan 9 mata.

Sementara itu, Yusoff turut memberikan gambaran bahawa bekas jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mungkin akan membantu skuad B-19 negara mengharungi Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan.

“Saya rasa seperti itu tetapi masih belum ada perbincangan secara rasmi di antara Ong Kim Swee dan jawatankuasa pasukan kebangsaan,” tambahnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara melalui pautan dibawah.

Shin Tae-Yong Tandatangani Kontrak Sebagai Jurulatih Indonesia Selama 4 Tahun

Gagal Ujian Perubatan, Bekas Penyerang Liverpool Terlepas Peluang Sertai Kelab Vietnam

Bojan Hodak Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu PSM Makassar

Sumber