Bekas pemain pertahanan antarabangsa Jepun dan juga lagenda Yokohama F Marinos, Yuji Nakazawa dalam satu program televisyen Kansai Television mendedahkan bahawa beliau tidak menjamah makanan ‘bergoreng’ walaupun sekali selama lebih 20 tahun bergelar pemain profesional.

Nakazawa yang pernah beraksi dalam 2 edisi Piala Dunia FIFA, turut memberitahu bahawa itu adalah prinsip beliau terapkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan beliau sentiasa sedia untuk melakukan persiapan dengan baik.

2019-05-18_11-00-30

“Saya tidak makan makanan bergoreng walaupun sekali. Saya juga tidak minum arak.”

Yuji Nakazawa memulakan karier profesional bersama Tokyo Verdy pada 1999 dan pada tahun yang sama telah menerima anugerah J.League Rookie of the Year serta terpilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan AFC All Star.

Selain itu, beliau juga berjaya berada dalam J.League Best Eleven Awards selama 5 musim dan tahun 2004 merupakan tahun paling hebat untuk beliau apabila menerima 4 pengiktirafan iaitu;

  1. J.League MVP 2004
  2. J.League Best Eleven 2004
  3. Japanese Footballer of the Year 2004
  4. AFC Asian Cup Best Eleven 2004

Pernah berkelana ke Brazil ketika usia remaja menyertai America Mineiro dan menjuarai Campeonato Mineiro sekitar 1996 hingga 1997.

Selepas 17 musim bersama Yokohama F Marinos, tampil beraksi dalam 509 perlawanan dan menjaringkan 31 gol, Yuji Nakazawa bersara pada hujung musim 2018. Diperingkat kebangsaan pula, Yuji Nakazawa merupakan salah seorang dari 7 pemain yang berjaya menrekodkan lebih 100 penampilan untuk skuad Samurai Blue.