Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menghantar skuad B-20 tahun negara bagi menghadapi saingan kelayakan AFC B-23 tahun yang bakal berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober.

Pasukan negara diundi bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam kumpulan J dimana kita bakal merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent.

Pengguna laman media sosial Twitter yang sering membawa perkembangan mengenai pemain muda negara, Youth Football Malaysia berkongsi senarai pemain yang mungkin dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi membawa cabaran negara di Ulaanbaatar.

Di posisi penjaga gol, dua pemain Selangor iaitu Sikh Izhan Nazrel dan Firdaus Irman menjadi pilihan dimana kedua-dua penjaga gol ini mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad B-20 tahun negara.

Di posisi pertahanan pula, nama seperti Harith Haiqal, Zikri Khalili, Firdaus Ramli, Umar Hakeem, Azam Azmi Murad dan Azrin Afiq berkemungkinan besar untuk disenaraikan.

Di bahagian tengah pula, pemain dari Selangor 2 dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II seperti Mukhairi Ajmal dan Firdaus Khaironisam dijangka bakal mengisi bahagian tengah pasukan negara.

Manakala di bahagian serangan, nama sinonim seperti Luqman Hakim, Arif Aiman, Muslihuddin Atiq dan Aiman Afif dijangka bakal mengetuai barisan serangan negara.

Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik bakal beraksi pada Piala Asia B-23 2022 yang dijadual berlangsung di Tashkent pada Jun 2022.

Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021

Jeonbuk Hyundai Motors Daftarkan Sasalak Haiprakhon Hadapi Saingan ACL 2021

Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United