Penyerang Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko lakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain termuda buat penampilan dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pada usia 16 tahun 18 hari awal pagi tadi ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Zenit Saint Petersburg.

Pemain kelahiran Cameroon itu dimasukkan pada minit ke 58 sekaligus memecahkan rekod Celestine Babayaro yang buat penampilan pada usia 16 tahun 87 hari ketika beraksi dengan kelab Anderlecht pada bulan November 1994.

Penampilan Moukoko turut membantu Dortmund mengesahkan tempat di pusingan kalah mati hasil jaringan penyamaan Lukasz Piszczek pada minit ke 68 selepas pasukan itu ketinggal 0-1 di separuh masa pertama.

Axel Witsel kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit 78 lalu mengesahkan status sebagai pendahulu kumpulan F dengan 13 mata mengatasi pencabar terdekat, Lazio.

“In kemenangan yang tidak begitu cantik dan lebih kepada kekuatan mentaliti kami berbanding kualiti. Tetapi anda tetap memenangi perlawanan dengan cara ini.

“Dengan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain, rasa bagus dapat mencapai kemenangan malam ini serta jadi pendahulu kumpulan,” kata kapten Dortmund, Marco Reus.

Walaupun Moukoko dilahirkan di Cameroon, beliau telah pun beraksi dengan skuad kebangsaan Jerman bawah 20 tahun selepas memecahkan rekod sebagai pemain termuda Bundesliga pada 21 November lalu iaitu sehari selepas tarikh hari jadinya.

Beliau dinaik pangkat menyertai skuad senior Borrusia Dortmund selepas mencipta rekod jaringan terbanyak dalam pertandingan belia Jerman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

UCL: Ronaldo Menggila Di Hadapan Messi, Di Nou Camp

UCL: Leipzig Singkir United Ke Liga Europa

Pogba Tak Gembira Dan Mahu ‘Blah’ Daripada Manchester United