Kelab Yokohama FC beberapa hari yang lalu telah berjaya mengesahkan tempat mereka dalam saingan J1 League musim 2020 selepas berjaya menamatkan saingan J2 League musim ini ditempat kedua dibelakang Kashiwa Reysol.

Kejayaan layak ke aksi divisyen 1 ini adalah kali kedua berlaku kepada Yokohama FC selepas kelab ini ditubuhkan pada tahun 1999, kira-kira 20 tahun lalu. Kali pertama mereka layak ke aksi tertinggi liga bola sepak Jepun adalah pada tahun 2007.

Nota: Yokohama FC ditubuhkan oleh para penyokong kelab Yokohama Flugels yang bergabung dengan Yokohama Marinos membentuk Yokohama F Marinos yang kita kenal hari ini.

Timeline_of_Yokohama_Football_Clubs

Susur galur perjalanan kelab dari Yokohama sehingga wujudnya 3 kelab bola sepak utama dari Yokohama hari ini.

Apa yang lebih menarik adalah Yokohama FC memiliki pemain lagenda Jepun yang masih lagi turun beraksi iaitu Kazuyoshi ‘King’ Miura yang bakal menjangkau usia 53 tahun pada bulan Febuari nanti, bakal mencipta rekod baru sebagai pemain paling tua dalam saingan J1 League jika diturunkan.

Selain itu, kelab Yokohama FC juga turut mempunyai seorang lagi pemain lagenda Jepun, Shunsuke Nakamura yang berjaya memberikan sumbangan berharga dalam membantu kelab itu mara ke saingan tertinggi musim hadapan.

20190913-00217285-soccermzw-000-1-view

Jika dilihat dari statistik 2019, Kazuyoshi Miura diturunkan dalam 3 perlawanan dan beraksi selama 109 minit tanpa sebarang gol dijaringkan. Manakala bagi Shunsuke Nakamura pula, membuat 10 penampilan dengan 649 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol.

Ramai yang menjangka musim 2020 adalah musim terakhir Kazuyoshi Miura dalam saingan bola sepak profesional dan mungkin itu adalah platform terbaik beliau mengakhiri karier selepas mula beraksi secara profesional pada tahun 1986 bersama kelab Santos di Brazil.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group