Pasukan yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara saingan J1 League, Yokohama F Marinos dikhabarkan berminat untuk menandatangani pemain skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan secara tetap.

Theerathon yang mencatat sejarah sebagai pemain dari rantau Asia Tenggara pertama yang memenangi trofi J1 League sebelumnya menandatangani kontrak pinjaman selama satu musim.

Namun, selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang saingan musim 2019, pemain Muangthong United itu menarik minat pengurusan Yokohama untuk menandatangani beliau secara tetap sekaligus mengisi posisi pertahanan kiri dalam kesebelasan utama pasukan.

Theerathon Bunmathan mula beraksi dalam saingan J1 League pada musim 2018 lalu bersama Vissel Kobe yang turut dibarisi oleh lagenda Sepanyol, Andres Iniesta dan bekas penyerang Jerman, Lukas Podolski ketika itu.

Selepas tamat kontrak pinjaman selama semusim, Yokohama F Marinos tidak membuang masa dan terus menawarkan satu lagi kontrak pinjaman kepada pemain berusia 29 tahun itu bagi menghadapi saingan musim ini.

Yokohama F Marinos

Bagi musim 2019, pemain yang pernah beraksi bersama Buriram United ini membuat 25 penampilan dan menjaringkan 3 gol dalam saingan J1 League.

Baca artikel lain mengenai Theerathon Bunmathan di sini:

Theerathon Bunmathan Cipta Rekod Pemain ASEAN Pertama Julang Kejuaraan J1 League 2019

Theerathon Bunmathan Diambang Cipta Rekod Sebagai Pemain Thailand Pertama Julang Kejuaraan J1 League

Theerathon Bunmathan Gagal ‘Convert’ Penalti Dan Gol Bui Tien Dung Dibatalkan, Seri Tanpa Jaringan Di Hanoi