Pengasas komik terkenal Kapten Tsubasa iaitu Yoichi Takahashi, dengan kerjasama J.League telah pun berjaya menyiapkan sebuah projek yang bakal menjadi tumpuan peminat-peminat bola sepak yang berkunjung ke Bangkok.

Kapten Tsubasa telah berjaya menyemarakkan inspirasi generasi serta menawan ramai melalui bola sepak itu kini meraikan kebanggaan dan kapasiti mereka menyambungkan kebudayaan berbeza dengan ‘menghidupkan’ semula sebuah gelanggang bola sepak di Ratchadewi – sebuah kawasan ditengah kota Bangkok.

Gelanggang itu yang dibuat semula keseluruhan permukaannya serta dinding, dilukis dengan menampilkan watak ikon Thai J.League seperti Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) dan Sittichok Passo (Kagoshima United).

Melalui inisiatif sebegini, ‘kelahiran semula’ gelanggang ini akan memastikan persekitaran permainan yang bebas untuk hero-hero hari esok selain menjadi satu bentuk reminder setiap hari mengenai ‘the power of dreams‘.

Chanathip Songkrasin melalui laman sosial Twitter rasmi beliau juga turut teruja dengan projek ini dan pastikan akan terus memberikan inspirasi serta motivasi kepada kanak-kanak di sekitar Bangkok khususnya untuk mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Lihat betapa besarnya lukisan mural yang dibuat sepertii gambaar diatas.

Mural dibahagian dinding ini pula mampu menjadikan seseorang yang membesar dengan komik ini termenung lama sambil mengenang kembali zaman dahulu ketika cuba meniru skill watak dalam komik.

“Lepas kau, siapa?”. Ini soalan yang biasa timbul.

Kawasan ini juga dijangka akan menjadi lokasi tarikan pelancong asing dan juga tempatan tidak lama lagi selepas sempadan negara dibuka dan lebih ramai orang lebih selesa untuk melancong.

“Baring diatas gelanggang, ambil gambar dengan drone macam best rasanya.”

Inilah antara impak terus yang diterima oleh Thailand selepas beberapa pemain mereka berhijrah dan mempamerkan aksi hebat dalam saingan J.League.

Nama lokasi: Chaloemla Gardens (Grafitti Park), berdekatan stesen Ratchathewi – BTS Sukhumvit Line.

Sila rujuk peta Google dibawah untuk kedudukan Chaloemla Gardens yang lebih tepat.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tonton Video Padang Stadium Santiago Bernabeu ‘Disimpan’ Seperti Parking Bertingkat Bawah Tanah.

JDT:”Marshall Berdiri Membentuk ‘Human Barricade’, Marshall Diberi Amaran Kerana Menonton Perlawanan.”

Tonton Terjahan ‘Bayangan Maut’ Ke Leher Lawan Depan Pengadil Ini Hanya Dilayangkan Kad Kuning