Pengendali sementara pasukan kebangsaan Indonesia, Yeyen Tumena memuji pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid dan menganggap pemain itu merupakan seorang pemain yang mempunyai bakat yang luar biasa.

Safawi menjaringkan dua gol ketika Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan aksi yang ditampilkan oleh Safawi nyata menarik perhatian Yeyen.

Yeyen Tumena

Sumber Gambar: FAM

“Saya sudah memerhatikan Safawi sejak daripada saingan Sukan SEA 2017 lalu dan beliau merupakan pemain yang sangat baik. Ketika beraksi di temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta, beliau juga sempat menjaringkan gol ke gawang Korea Selatan.

“Ketika beliau memegang bola, beliau boleh menjadi pemain yang sangat berbahaya terutama dengan kaki kirinya. Saya berpendapat Safawi adalah satu bakat yang luar biasa yang dimiliki oleh Malaysia,” kata Yeyen Tumena pada sidang media selepas perlawanan.

Safawi menjaringkan gol masing-masing pada separuh masa pertama melalui satu sepakan percuma menarik dan separuh masa kedua dimana beliau berjaya mencuri bola daripada ketua pasukan Indonesia, Yanto Basna sekaligus memberikan tiga mata penuh untuk Malaysia.

Selepas meraih kemenangan semalam, kini skuad bimbingan Tan Cheng Hoe menghuni tangga kedua di belakang Vietnam dalam carta kumpulan G manakala Indonesia kekal menghuni tangga tercorot.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Syamer Tegaskan Masih Banyak Ruang Yang Perlu Diperbaiki Pasukan Negara

Yeyen Tumena: Dua Gol Malaysia Hadiah Dari Pemain Indonesia

Aidil Teruja Raih Kemenangan, Anggap Saingan Kumpulan G Masih Terbuka

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group