Ketua jurulatih sementara pasukan kebangsaan Indonesia, Yeyen Tumena menyatakan anak-anak buahnya tidak akan berdepan masalah untuk menghadapi puluhan ribu penyokong Malaysia yang akan mmebanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok.

Menurut Yeyen, rata-rata pemain sudah biasa beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong terutamanya ketika beraksi bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Yeyen Tumena
Simon McMenemy bersama Yeyen Tumena. (Foto: PSSI).

“Puluhan ribu penyokong yang akan hadir bakal menjadi lawan kepada pemain kami dan itu merupakan satu hal yang positif bagi. Pemain sudah biasa beraksi di hadapan stadium penuh bukan saja ketika beraksi bersama skuad kebangsaan malah ketika beraksi bersama kelab dalam saingan Liga domestik.

“Saya boleh katakan tekanan yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah bakal memberikan semangat terhadap pemain,” kata Yeyen pada sidang pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Tiket bagi perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia yang dijual di atas talian telah habis dijual dan dijangka seramai 80 ribu penyokong akan hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Yeyen Tumena
Sumber Gambar: PFAM

Tambah Yeyen, meskipun beliau diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan, namun masih ada kelibat Simon McMenemy dalam pasukan dan beliau sering mengadakan perbincangan mengenai perancangan pasukan.

“Simon masih bersama pasukan dan kami menghormati kehadiran beliau. Semasa sesi latihan kami masih mengadakan perbincangan.

“Walau apa pun kami merupakan perajurit. Saya diminta untuk mengendalikan pasukan dan saya tidak boleh menolak kerana ini merupakan urusan negara,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Jelang Malaysia Vs Indonesia, Andik Vermansah Kirim Pesan Untuk Suporter Selangor FA

Pengadil Piala Dunia Dipilih Mengendalikan Perlawanan Malaysia Menentang Indonesia

Tan Cheng Hoe Ambil Langkah Waspada Bertemu Indonesia