Bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Yeyen Tumena mendedahkan sebab utama kekalahan skuad Garuda di tangan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Mac lalu.

Sebelum perlawanan menentang Malaysia, Indonesia berada dalam tekanan apabila tewas kesemua empat perlawanan kelayakan yang dihadapi sebelumnya.

Menurut Yeyen, keadaan mental yang berada di tahap rendah menjadi punca utama kekalahan Indonesia, bahkan ada pemain senior yang enggan menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

Yeyen Tumena

Sumber Gambar: FAM

“Ketika itu ada tiga pemain senior yang enggan untuk menjadi ketua pasukan dan mengikuti sidang media. Padahal mereka pemain yang berpengalaman bersama skuad kebangsaan.

“Akhirnya saya memilih Yanto Basna sebagai ketua pasukan kerana beliau menyatakan kesediaannya. Dia tidak mempunyai sebarang beban kerana beraksi di Thailand,” kata Yeyen Tumena.

Ketika Indonesia dihadiahkan sepakan penalti, perkara sama berulang dimana rata-rata pemain enggan untuk mengambil sepakan tersebut, kecuali Osas Saha yang memberanikan diri untuk mengambil.

“Kenapa Osas yang mengambil sepakan tersebut? Ya kerana tiada siapa yang sanggup kerana beban yang terlalu berat. Sama seperti situasi ketua pasukan tadi,” tambahnya.

Farizal kemudiannya berjaya menyelamatkan sepakan penalti Saha sekaligus memastikan pasukan negara meraih ketiga dalam peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

Sudah Tiga Bulan Liga Indonesia Ditangguhkan, Stadium PSM Makassar Berubah Jadi Kebun Sayur

Kritik Pemotongan Gaji, FIFPro: PSSI Tak Peduli Dengan Kesejahteraan Pemain Indonesia

Yevhen Bokhashvili: Tim Dengan Bayaran Tertinggi Di Indonesia Mungkin Persib Bandung

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group