Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berniat untuk mencampuri urusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan menegaskan pertemuan Syed Saddiq bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di pejabat menteri itu semalam bertujuan membincangkan perihal menurunkan umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun.

Sebelum ini, selain berbincang mengenai had umur layak mengundi, Syed Saddiq dan Tan Sri Abdul Rashid dikhabarkan turut membincangkan secara santai berhubung hasrat tokoh berkenaan menawarkan diri bagi mengendalikan KAFA.

Setelah Presiden KAFA sebelumnya, Bibi Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatan beliau, beberapa individu menawarkan diri untuk menerajui badan induk bola sepak Kelantan itu.

Menurut Datuk Seri Afandi Hamzah, Kongres Agung Luar Biasa (EGM) pada 6 Julai ini bagi menyelamatkan masa depan bola sepak Kelantan khususnya skuad The Red Warriors.