Beberapa hari yang lalu, pihak FA Thailand dalam satu kemaskini laman sosial Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa Yayasan Presiden FA Thailand iaitu Jeneral Somyot Poompanmoung akan mengedarkan topeng secara percuma untuk petugas perubatan serta orang awam.

Dilaporkan dalam kenyataan itu bahawa sekitar 1 hingga 2 juta topeng akan disumbangkan dari yayasan tersebut untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di Thailand sejak kebelakangan ini.

Selain itu, pihak yayasan tersebut juga turut membuka tawaran untuk mana-mana pihak yang berminat untuk memberikan sumbangan topeng ataupun sumbangan dalam bentuk wang kepada mereka untuk turut sama membantu.

Ini adalah merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak yayasan yang juga dilihat sebagai satu usaha dari pihak FA Thailand sendiri ketika dunia sedang menghadapi masalah kesihatan awam yang semakin kritikal.

Dalam perkembangan lain, pihak Thai League telah mengeluarkan jadual perlawanan seterusnya yang akan disambung pada 18 April 2020 selepas ditangguhkan akibat COVID-19.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League Jadi Destinasi Pilihan 26 Pemain Dari ASEAN, 33.3% Daripadanya Adalah Pemain Dari Filipina

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Thai League Senaraikan Top 5 Stadium Yang Mungkin Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Thailand.