Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Jepun, Yasuhito Endō mencipta sejarah dalam saingan J. League apabila beliau menjadi pemain dengan penampilan terbanyak dengan 632 penampilan.

Endō berjaya mencapai milestone tersebut sekaligus memadam rekod yang dipegang Seigo Narazaki sebelum ini pada perlawanan antara Gamba Osaka menentang seteru setempat iaitu Cerezo Osaka pada minggu lalu yang menyaksikan Cerezo berjaya meraih kemenangan 2-1.

Pemain berusia 40 tahun itu merupakan salah satu ikon dalam bola sepak Jepun dimana beliau pernah tampil dalam temasya Piala Dunia dan pernah membantu skuad The Samurai Blue muncul juara Piala Asia sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan 2011.

Di peringkat kelab, Endō membantu Gamba memenangi saingan J1 sebanyak dua kali iaitu pada musim 2005 dan 2015 selain Emperor’s Cup sebanyak empat kali.

Tidak hanya cemerlang di saingan liga domestik, pemain terbaik Asia 2009 ini juga pernah membantu Gamba memenangi AFC Champions League (ACL) pada 2008.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan J. League yang telah kami sediakan di sini:

Teerasil Dangda Diundi Sebagai Penyerang Terbaik J. League

VAR Mungkin Tidak Akan Digunakan Bagi Baki Saingan J. League Musim Ini

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020