Satu-satunya penjaga gol import dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Yaren Sozer memasang hajat untuk beraksi di Liga Super bersama pasukan utama Perak.

Yaren diletakkan di pasukan pembangunan iaitu Perak II dan beraksi di Liga Perdana. Baru-baru ini, Yaren menceritakan pengalaman beraksi di Liga Malaysia dan sasaran beliau bersama juara Piala Malaysia 2018 itu.

“Ada tawaran yang datang dari pasukan Malaysia dan saya berfikir kenapa tidak mengambilnya. Saya mahu beraksi di divisyen pertama kerana amat jarang untuk penjaga gol luar negara beraksi di Malaysia.

“Satu pengalaman yang bagus kerana ketua jurulatih ialah Mehmet Durakovic. Saya kini berusia 23 tahun. Saya mahu beraksi dengan baik di Asia lihat bagaimana perkembangannya. Saya berasakan masih berada di peringkat awal, terutamanya sebagai penjaga gol. Saya datang ke sini dan mahu mencipta nama,” kata Yaren.

Pada masa yang sama, bekas penjaga gol Melbourne City FC ini menyatakan pasukan mahu mencabar tempat bagi beraksi di saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

“Saya baru tiba di sini dan dua minggu selepas itu sesi latihan tidak boleh dijalankan. Kini kami hanya boleh menunggu sehingga dibenarkan untuk kembali beraksi.

“Kami hanya mempunyai beberapa perlawanan untuk cuba melayakkan diri ke saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan, yang mana akan menjadi penting bagi kami,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai Yaren Sozer dan pasukan Perak di sini:

Perak II Diperkuatkan Oleh Penjaga Gol Import, Yaren Sözer

Shahrul Saad Optimis Perak Mampu Beri Cabaran Dalam Format Baharu Liga Super

Perak Dan Terengganu Nafi Ada Masalah Kewangan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group