Masa depan penyerang tinggi lampai skuad Sukan SEA 2019, Hadi Fayyadh bersama pasukan J2 League Fagiano Okayama telah dimuktamadkan apabila pengarah urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada menyatakan mereka bersedia untuk menyambung penajaan pemain itu untuk kekal di Jepun sekurang-kurangnya 1 musim lagi.

Menurut laporan dari BERNAMA, syarikat itu menjelaskan bahawa Hadi Fayyadh mempunyai potensi yang baik selain komitmen tinggi ditunjukkan dalam tahun pertama bersama kelab itu.

“Dia menunjukkan prestasi yang baik dan masih berumur 19 tahun. Saya percaya dia boleh digilap untuk menjadi pemain yang lebih baik musim depan. Tahun lalu, kecederaan dan perbezaan bahasa adalah penghalang utama beliau untuk menunjukkan kemahiran sebenarnya.

Screenshot 2019-12-19 at 9.27.03 AM

Pengumuman rasmi di laman web Fagiano Okayama berkenaan penyambungan kontrak Hadi Fayyadh.

Hiroshi Hamada juga turut menjelaskan bahawa kebanyakan pemain J.League mencapai kemuncak ketika berusia 21 atau 22 tahun. Selain itu, Hamada juga memberitahu bahawa Hadi Fayyadh adalah satu pelaburan jangka panjang syarikat tersebut dan mereka sedia memberikan sokongan yang diperlukan.

Dalam pada itu, Hadi Fayyadh sendiri menceritakan bahawa prestasi beliau musim ini tidak konsisten tetapi percaya dengan sokongan kuat keluarga, Yakult Malaysia dan juga kelab dia mampu menyinar di bumi matahari terbit itu.

EMDOA-ZUwAE15D5

“Saya tidak konsisten musim ini, terutama apabila saya mengalami kecederaan selama 2 bulan dan cuba untuk menyesuaikan diri disana.

“Tetapi, ia tidak mustahil untuk saya bangkit dan merebut tempat dalam kesebelasan utama. Sekarang saya sudah tahu apa yang jurulatih mahukan dan akan bekerja jeras untuk memenuhi jangkaannya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

2 Pemain Skuad U19 Vietnam Sertai Sesi ‘Tryout’ Di Jepun Anjuran Japan Professional Footballers Association (JPFA)

FA Thailand Tandatangan MOU Dengan King Power, Bina Kompleks Latihan Komprehensif Bernilai RM68.75 Juta

8 Syarikat Hantar Bidaan Hak Penyiaran Thai League 2021-2028, FA Thailand Akan Meneliti 2 Bidaan Terbaik

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group