Salah sebuah syarikat yang memberikan penajaan kepada pasukan Kelantan, Yakult Malaysia akan meneruskan tajaan mereka untuk skuad ‘The Red Warriors’ itu untuk musim 2019 dalam saingan Liga Premier tanpa aksi pemain Jepun, Yuta Suzuki yang sebelum ini diwar-warkan sah beraksi dengan pasukan itu.

Pemain itu merupakan salah satu ‘deal’ dari Yakult Malaysia dimana gaji Yuta Suzuki akan dibayar oleh Yakult sendiri. Namun selepas beberapa aksi persahabatan pra musim yang dilalui oleh pasukan Kelantan, Yuta Suzuki tidak menepati kriteria pemain yang diperlukan.

Yakult Malaysia pada ketika itu mahu membantu Kelantan untuk membawa pemain import namun bekas pemain GC National Police FC – kelab dari Kemboja, gagal menampilkan prestasi yang diharapkan dari seorang pemain import.

yuta suzuki

Menurut laporan dari Berita Harian pada 26 Disember 2018, Yuta Suzuki telah mengikat kontrak selama 1 tahun, namun maklumat itu kurang tepat.

Yuta Suzuki turut memulakan karier bola sepaknya dengan pasukan universiti iaitu Senshu University Soccer Team pada tahun 2009 hingga 2013.

Selepas tamat universiti, beliau menyertai pasukan FC Suzuka yang beraksi dalam liga amatur jepun pada tahun 2014 hingga 2015. Suzuki kemudian berkelana ke eropah menyertai sebuah kelab dari Republik Czech iaitu SFC Stara Rise pada tahun 2016 sebelum berhijrah ke Asia Tenggara dengan menyertai kelab kemboja, Phnom Penh Crown FC pada tahun 2017.