Hari ini telah berlangsung majlis menandatangani kontrak kerjasama diantara Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dan Terengganu Football Club Sdn Bhd di Pejabat Pengurusan TFC.

Persetujuan kerjasama ini dicapai hasil daripada perbincangan pihak Yakult Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada bersama Pengurusan TFC yang menyaksikan nilai tajaan sebanyak RM380,000 serta beberapa perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama TFC yang akan dijalankan secara berperingkat.

“Selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia, Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain daripada mewujudkan persekitaran yang baik.” jelas Hamada.

Mengulas mengenai pemilihan TFC bagi kerjasama ini, Hamada menjelaskan, pasukan ini telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan pada tahun sebelumnya hingga menyaksikan mereka layak untuk beraksi pada Kejohanan Piala AFC 2021.

Ini membuktikan pasukan ini berkualiti serta memiliki misi besar pada musim 2021 dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan ini pada masa akan datang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021

Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group